Surah
Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan
pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang
berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas
menceritakan:
“Pernah
suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya
tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di
dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari
mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka,
sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan
kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang
bermaksud: “Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar
pembacanya dari azab neraka.”
Meskipun
begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini
penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:
1.
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam
Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi
lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula
ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
2.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk
itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
3.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh
gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga
seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
4.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa
membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
5.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa
membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya
surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
6.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya
di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah
Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam
kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
7.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian
surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30
ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya
dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
8.
Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan
beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
9.
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya
dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana
menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
10.
Saiyidina ‘Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa
ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti
nabi Yusuf.”
11.
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di
dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia
mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua
manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
12.
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk
sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan
dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke
pihak kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala
ini kerana ada surah Al Mulk.”
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk.”
No comments:
Post a Comment