Pengertian
|
|||
|
|
|
|
|
Jika Rabiulawwal bererti
bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga
yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman
berbunga.
Pada waktu itu biasanya
tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum
musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan
nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.
Perlu diketahui bahawa itu
adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah
wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah
mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah
s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada
perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.
Cuaca, iklim, suhu dan musim
adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain
sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan
mengelilingi bumi.
Kesimpulannya, Rabiulakhir yang
bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga
sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
|
||
.
|
|
|
|
|
|||
|
|
|
|
|
|||
|
|||
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun
yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain.
Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini.
Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke
semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita
tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang
sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak
berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti
amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat
yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada
amalan-amalan wajib kita.
Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan
Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan
ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.
|
|||
|
|
||
|
|||
|
Rujukan;
1. Jab.
Mufti Terengganu, http://mufti.islam.gov.my/terengganu
2. Dr.(H) Hj. Kassim bin Bahali, Jab. Mufti Melaka, jkmmufti@tm.net.my 3. Shaykh Muhammad Saleem Dhorat, Riyadul Jannah ; Gardens of Paradise issue 1 (2004), http://www.riyaduljannah.com 4. Majlis Ugama Islam Singapura,Warita 1996, http://www.muis.gov.sg
Disemak
oleh;
1.
Dr.(H) Hj. Kassim bin Bahali, Peg. Falak dan Sumber Maklumat, Jab. Mufti
Negeri Melaka.
2. Ust. Mohd Nazri bin Abd. Majid, Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka. 3. Ust. Mohd Ali bin Zainal, Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka |
Saturday, 9 February 2013
KENALI RABIULAKHIR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment