Thursday 23 August 2012

TITIPAN BUAT PELAJAR MRSM MERBOK

Assalamualaikum WBT....

"exam is around the corner".... Yang Tingkatan 3 dengan percubaan PMR. Yang tingkatan 4 pula dengan percubaan SPM. Yang Tingkatan 1,2 dan 4 pula akan menghadapi ujian selaras 2 sem 2 dan sebelum itu sibuk dengan minggu aktiviti di maktab... Bulan yang agak sibuk....

Jika kita rasa belajar itu susah, jika kita rasa kepala kita pening dan jika kita rasa hampir putus-asa untuk belajar, jangan bimbang, pelajar cemerlang juga rasakan perkara yang sama. Susah, pening dan rasa mahu putus-asa itu adalah normal, bukan bermaksud kita lemah. Apa yang akan membezakan kita dengan pelajar lain ialah walaupun kita rasa pening, susah dan mahu putus-asa, kita teruskan juga berusaha untuk belajar.


Rakan-rakan yang saya hormati sekalian, pernahkah rakan-rakan melihat itik yang sedang berenang di dalam kolam atau tasik? Itik-itik itu semua kelihatan berada di permukaan air dengan tenang dan selesa. Pergerakan mereka sangat lancar dan mereka bergerak ke depan, kiri dan kanan dengan begitu lembut dan indah.
Namun, tahukah kita apa yang berlaku di bawah permukaan air itu? Sedarkah kita yang di bawah permukaan air itu kaki itik sedang bekerja keras mengayuh hampir ke semua arah bagi memastikan itik kekal timbul?
Saya baca kisah itik berenang ini di dalam buku Tuan Fadzli Yusof ‘Kuasa Hijrah, kuasa untuk berubah’. Di dalam buku ini, Tuan Fadzli ada ceritakan tentang satu prinsip yang diamalkan oleh Tuan Nizal Mohammad, pengacara TV terkenal. Menurut Tuan Nizal, walaupun seseorang yang BERJAYA itu kita lihat nampak tenang dan bersahaja, mereka sebenarnya sedang bekerja keras dan bertungkus-lumus dalam usaha mereka mencapai kejayaan.
Kita tidak nampak usaha kerja keras mereka kerana apa yang kita nampak adalah di bahagian permukaan sahaja, sama seperti itik yang sedang berenang. Itik kelihatan sedang bergerak tenang di atas permukaan air tetapi sebenarnya di bawah permukaan air, kakinya bekerja keras mengayuh air agar ia kekal timbul di permukaan.
Mari kita lihat prinsip ini pada pelajar cemerlang. Pernahkah rakan-rakan semua tertanya-tanya mengapa pelajar cemerlang kelihatan tenang sahaja. Walaupun mereka cemerlang dalam peperiksaan, mereka masih ada masa untuk masuk pelbagai persatuan, bertanding dalam aktiviti sukan dan mewakili sekolah dalam banyak perkara. Adakah mereka tenang kerana semua perkara ini MUDAH sahaja buat mereka?
SUDAH TENTU TIDAK!
Sama seperti prinsip itik berenang tadi, pelajar cemerlang juga bekerja sangat keras untuk mencapai kejayaan. Walaupun mereka nampak tenang, fikiran mereka sentiasa bekerja dan berfikir untuk mencari jalan ke arah kejayaan. Jika pelajar KURANG CEMERLANG rasa belajar itu susah dan memeningkan kepala, pelajar CEMERLANG juga rasakan perkara yang SAMA. Bezanya, pelajar cemerlang teruskan belajar dan bekerja keras kerana mereka tahu, usaha mereka akan membawa mereka ke arah kejayaan. Mereka tidak merungut tentang susah belajar kerana ia adalah sebahagian daripada proses mencapai kecemerlangan. Bayangkan bagaimana kalau itik merungut setiap hari, “Ishhh…susahlah nak kayuh-kayuh air ni…tenggelam sajalah senang!”
Semoga semua pelajar dapat menggandakan usaha bagi mencapai keputusan yang cemerlang kerana,
AGAMA, BANGSA, MASYARAKAT, NEGARA dan yang paling utama KELUARGA
semuanya mengharapkan kita untuk berjaya...
Jika bukan KITA siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga agama dan negara kita sendiri???

SEMOGA BERJAYA




Wednesday 22 August 2012

Salam Aidilfitri




Assalamualaikum WBT...

Kami dari BADAR MRSM Merbok ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Kami mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas kesilapan serta salah dan silap kami sepanjang kami bertugas.


Kepada Anok Kelante, >>>>>>>>>>>>ariff

Make Ikke cicoh budu,
Jange lupo tamboh satar,
kelik rayo toksir laju
nanti rayo dale sepita...

Kepada Anok Ganu,>>>>>>>>>>>Wafa

Makang Ubi jamang jepong,
makang kepok cicah cuke,
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile...

Pahang....!

Sepadan pahang ada kasino
nasi dagang ikan patin
jange mu masam muko
raya makan rendang sadin

Johor...

Cegitu cegini awak suke
awak suke kite tak suke
esok lusa hari raye
mari kite bersuke rie

Melaka>>>>


Hawau kau berak merate
kaku bangkak ular patok
kalu balik naik kereta
jangan pandu kalau ngantok

Nogori Sembilan>>>>>>hafiz

Masak lomak cili api,
campo dengan daun turi
hari rayo kolumpo sopi
tinggal penyamun dengan pencuri

Selangor------------>Siti,Azira, Luqman....

Wa cakap lu tak tau
tapi wa tipu sama lu
raya jangan buat tak tau
angpau ade bagi wa dulu

Perak.....>>>>>>Saufee, muzakkir

Gulai tempoyak ikan mayang
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

KEDAH>>>>>MRSM MERBOK, hazieq, muhammad mansor, shahrul, syakir

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
macam mana tak ketaq
kena paksa bagi ampau

PULAU PINANG>>>>>>>> Ust Hafizy....

Nasi kandaq kedai mamak
anak mami huai pesemboq
Lepas raya usah dok teriak
kalau ceti mai ikut dapoq

Perlis>>>>>>>>>>>Indera Kayanagn

padang besaq kecik aja
tempat siam lalu lalang
hari raya kita berbelanja
jangan sampai menambah hutang....



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN....

*post diatas tiada kaitan dengan semangat kenegerian....hehehe*





amalan sunnah bulan SYAWAL


1. Bertakbir
Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga  untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.
2. Lafaz ucapan selamat 
Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”

3. Meneruskan Qiamullail
Jika sepanjang Ramdahan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat tarawih, maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.
4. Mandi sunat pagi hari raya
Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri.


5. Makan sebelum solat Aidilfitri
Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.  Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.
6. Memakai pakaian yang indah
Disunatkan kamu muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.
7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya
Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.
8. Mengerjakan solat aidilfitri
Syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat islam.
9. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , selutruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.
10. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.
Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Organisasi BADAR MRSM Merbok sesi 2012/2013

Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR)




Maktab Rendah Sains MARA Merbok, Sesi 2012/2013


GURU PENASIHAT
Ustaz Mohd Hafizy bin Ramly
Ustazah Suzana binti Abdul Rahman

PRESIDEN BADAR
Mohd Akmal Hazieq bin Ahmad Rumaizi

TIMBALAN PRESIDEN BADAR
Dini Dayana binti Ahmad

SETIAUSAHA
Nur Adawiyah binti Abdul Mutalid

TIMBALAN SETIAUSAHA
Muhammad Shahrul bin Ahmad Maliki

BENDAHARI
Muhammad bin Mansor

TIMBALAN BENDAHARI
Nur Izzati binti Shaefe



EXCO MUSOLLA DAN IBADAH
Muhammad Muzakkir bin Abdul Malek
Nurul Ain Syafiqah binti Tajri
 

EXCO USRAH DAN TARBIAH
Muhammad Saufie bin Mudasir
Nor Afiqah binti Mazlan
 

EXCO MULTIMEDIA, KOMUNIKASI DAN PENERBITAN
Hafiz Najmi bin Hasmadi
Noor Izzati Zahidah binti Mohd Radzi


 
EXCO CERAMAH DAN PENERANGAN
Muhammad Shakir bin Abdul Yazib
Siti Zubaidah binti Marzuki

 
EXCO NADWAH DAN KEPIMPINAN
Mohd Nor Aiman bin Abdul Mutallid
Nur Nadhirah Wafa binti Razali
 

 
EXCO AKHLAK DAN DISIPLIN
Luqmanul Hakim bin Helmi
Nurul Asilah binti Mat Jamal

 
EXCO TAZKIRAH DAN NASIHAT
Tengku Ariff Azhfar bin Tengku Mohd Ariff
Azzira Husna binti Mahadzir




BADAR TINGKATAN 2 (AJK BADAR MENENGAH RENDAH)

Muhammad Waeil bin Shatir Anuar
Aiman Fitri bin Ahmad Syukri
Muhd Muzakkir bin Zulkarnain
Khairul Azman bin Ahmad
Ku Muhd Hamdi bin Ku Shaharuzaman
Abdul Muhaimin